Monday, December 12, 2011

Perjalanan Untuk Tahun 2011 berakhir!






fuhhh!! lega rasanya bila berada di kampung ni, tambah2 sekarang ni plak musim buah, ada jugak sekali sekala tolong mak dan ayah petik rambutan..Suasana di kampung amat berbeza di kediaman sewa aku di kajang sana, sekali lagi aku menarik nafas lega setelah selesai bertarung untuk final exam yg lepas..maklumlah semester ni subjek nye ajak tough di mana aku 'WAJIB" belajar MANAGERIAL AKAUN dan FINANCIAL AKAUN..susah wooo!! takpe usaha itukan tangga kejayaan..

Dahlah taknak membebel lebih2 sb tujuan asal aku update blog ni sb nak gtau aktiviti2 sepanjang tahun..eh! sepanjang semester.*ringkasan saja okay...Semester ni aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti2 kampus.yerlah aku dah tak da kawan2 yg boleh berseronok sgt sekali sekala tak macam sebelum ni jadi nilah masa untuk menonjol.^_^..

Aktiviti2 aku sepanjang semester :

1.Pertandingan Pantun 4 penjuru Peringkat MARA (suku akhir)
2.Pemilihan akhir Boling Peringkat Kolej
3.Final sem projek Keselamatan dan Kesihatan
4.Exco akademik DBS associates
5.Xcident(lol)

haha yang no 5 tu rasanya kalau rajin baru nak citer maklumlah pengalaman pahit...nak kenang balik pun buat serabut otak je..Pertandingan pantun 4 penjuru adalah pertandingan pertama aku dalam arena berpantun ini.sebelum ni hanya mengikut perkembangan pantun dari jauh..ni dia pantun pengenalan aku:

KPM BERANANG PASTIKAN JAYA
MARWAN MUSTAFA HAMBA GERANGAN
DUA PUTERI SEORANG PUTERA
ARENA BERPANTUN KITA JAYAKAN

inilah dia pantun pengenalan untuk aku...untuk 2 pemantun yg lain aku x ingat kata aluan pantun dia haha sorry..semua ni atas bimbingan Encik Norhisyamputra.."terima kasih encik syam"...

Hari keselamatan dan kesihatan kami menjemput pasukan bomba dari seremban untuk demonstrasi bomba, medical chechkup untuk org luar dan paling menarik aku dan beberapa org rakan aku jadi instruktor untuk senamrobik..menjadi jugak senam robik aku bila aku bawakan tarian robot dan ular kekeke....

DBS associates pulak aku dan Anis Syafiqah telah menjayakan program "Tutor Tutee" dimana Tutor yg dipilih dari kalangan pelajar2(akademik melibihi 3.5 yg terpilih) telah mengajar sekelompok pelajar yg bermasalah dalam subjek2 tertentu..Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..cuma kami berdua agak bermasalah dgn proposal..

Lastly pemilihan bowling untuk kolej..kumpulan aku iaitu "Malaikat maut" disertai oleh Syafiq,Ghaffir dan Farid telah mengutip point yg agak tinggi seterusnya berjaya melayakkan kami mendapat tempat kedua...Tahniah diucapkan kepada Farid(baju merah) kerana telah berjaya mewakili kolej.

Ermm apa lagi eik nak citer erk..mesti pembaca2 blog tengah menongkat dagu takpun ternanti2 bila nak habis blog ni hahaha..ok2 salam akhir tahun dan segala kesalahan sepanjang mengenali aku harap dimaafkan...Ahlan wa sahlan

No comments:

Post a Comment