Friday, May 10, 2013

Pengalaman belajar di United Kingdom

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun belajar di UK dan banyak pengalaman belajar di sini tambahan pula kehidupan kat sini agak berbeza dari tanah air tercinta. Di sini, kami diterapkan dengan sistem pembelajaran yang dinamakan 'critical thinking' dimana lecturer akan bagi case study berdasarkan real punya situation mcm bagaimana untuk menyelesaikan konflik dalaman di dalam pengurusan di  Syarikat British Airway. Setiap dari kami akan diberikan kumpulan secara random dan diminta untuk menyelesaikan case study dalam masa setengah jam. Kadang2 dalam satu kelas dapatlah  5 case study di mana satu case study ada 3-4 page depan dan belakang yang perlu dibaca dan sekurang2nya menjawab 2 page penuh dalam kertas A4. Kami diminta untuk menghantar case study dlm tempoh tertentu dan akan membincangkan jawapan masing2. Di sini, kami boleh melihat lain kumpulan mempunyai lain idea yang unik dan menarik. Berbeza di Malaysia, case study atau assignment akan diberi tempoh seminggu ke 2 minggu untuk disiapkan dan banyak masa untuk berbincang sesama group sebelum tempoh akhir hantar. Apa yang ingin dirungkaikan di sini adalah sistem 'critical thinking' bagi saya adalah amat berkesan di mana setiap ahli kumpulan memainkan peranan penting dan perlu menyelesaikan sesuatu permasalahan mengikut situasi masing sebagai contoh dalam kumpulan ada 5 orang dan satu case study ada 5 soalan jadi setiap org akan menjawab satu soalan dan 15 minit terakhir bolehlah berbincang sesama sendiri. Tujuan saya memuji sistem pembelajaran di sini bukan kerana ingin mengagungkan institusi pengajian di Uk tetapi saya merasakan keberkesanan dalam pembelajaran di samping setiap org mengambil bahagian di dalam tugasan masing2. Jika dibandingkan di Malaysia, jikalau ada tugasan berkumpulan dan ada tempoh untuk disiapkan, kita dapat melihat ada 'sleeping group' dalam kumpulan dan ada yg suka melengah2 dan akhirnya sorang dua je yg betul2 buat dan akhirnya markah tugasan akan dikongsi bersama. Adilkah cara sebegini? Lagi satu, sistem di sini more to research study di mana setiap orang akan dapat satu tajuk dan buat dalam words yang diminta sebagai contoh 2500 words perlu disiapkan dalam masa 2 minggu  hantar kepada pensyarah melalui sistem university dan akan ditapis oleh "Turnitin". Apa itu Turnitin? Turnitin adalah satu sistem yang digunakan untuk mengesan aktiviti Plagiarism di dalam assignment kita, jadi kepada sesiapa yg suka mengamalkan sistem Copy and Paste, korang akan rasa kejutan sikit lah sb x semudah itu nak menyiapkan tugasan yang diberi. Jadi, segala tugasan adalah 100% dari kita, dan rujukan hanya boleh dibuat melalui online journal, E book dan buku (lecturer x menggalakkan buat rujukan dari laman web). Dan akhir sekali, pelajar2 yg datang di UK, boleh memilih sama ada nak buat Course saja atau Course and Dissertation untuk degree. Kalau untuk Master pula boleh pilih sama ada nak buat research saja, research + course atau course. Nak tahu apa perbezaan semua ni? Kalau pelajar memilih Course, diorang perlu menghadiri kelas selama 20 jam seminggu (pandai2 lah korang devide berapa jam seminggu) , ada exam+ assignment dan ada final projek, manakala kalau dissertation pula para pelajar akan buat satu research dalam 10000 words dan juga perlu menghadiri kelas dalam 8-12 jam seminggu + exam dan xda final projek. Jadi saya di sini ambil dissertation dan buat research mengenai sistem politik di Eropah + kelas 8 jam seminggu, poster presentation dan satu exam setiap semester. Oklah, setakat itu sajalah blog yang saya tulis mengenai sistem pembelajaran di United Kingdom. Assalammualaikum




Wednesday, January 16, 2013

Listen isu oleh sharifah zohra dan bawani

Beberapa hari yang lepas, Malaysia telah dikejutkan dengan isu pendebatan dari saudari Bawani dan saudari Sharifah yang berlaku di Universiti Utara Malaysia. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan saudari Sharifah apabila menjawab soalan dan hujah2 dari saudari Bawani mengenai pendidikan percuma, campur tangan pihak ketiga dari segi politik dan juga perbandingan politik di Malaysia dengan negara2 luar. Lebih menyedihkan, apabila saudari Sharifah menarik mikrofon jauh dari saudari Bawani dan mengulangi perkataan listen listen listen dan let me speak. Saya telah mengulangtayang video ini sebanyak beberapa kali malah beberapa hari kebelakangan ini sibuk dgn membaca komen2 dari viewer mengenai tindakan beliau tersebut.

Pada pandangan saya, sikap dan tindakan kedua2 pihak tersebut adalah salah. Saudari Bawani pada mulanya bertanyakan soalan tetapi akhirnya mencampuradukkan unsur2 yg menghentam kerajaan dgn mengkitik tindakan kerajaan, malah suara lantang beliau juga menampakkan sikap yg kurang sopan terhadap saudari sharifah. Mungkin saudari sharifah beranggapan bahawa sikap beliau itu agak kurang ajar apabila masih berkata2 setelah disuruh berhenti bercakap ataupun meninggikan suara ketika bertanyakan soalan. Idea yang dikeluarkan oleh pelajar jurusan undang2 ini adalah sgt menarik di samping pngetahuan yang mendalam mengenai isu2 politik di Malaysia. Cuma beliau harus faham bahawa majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UUM tersebut adalah untuk memberi kesdaran kepada pelajar2 mengenai kebaikan yang diberikan UMNO dan jasa2 baik UMNO terutama dari segi gerakan puteri UMNO memandangkan saudari Sharifah adalah pengerusi suara wanita UMNO. Jadi, seharusnya bertanyakan soalan yang tidak mempunyai anasir2 yang mengkritik kerajaan. Saya menulis blog ini bukanlah untuk mengkritik sikap saudari Bawani ataupun menyokong saudari Sharifah walaupun saya adalah setiausaha UMNO luar negara tetapi ingin menyuarakan pandangan saya tehadap insiden panas yang berlaku di negara kesayangan saya ini.

Berbalik semula kepada video tersebut, sepertimana viewer yang lain , saya juga agak tidak berpuas hati dengan tindakan pengerusi suara wanita UMNO tersebut apabila bersikap autokratik dengan memaksa saudari bawani berhenti daripada berkata2 malah menarik mikrofon jauh dari beliau. Mungkin banyak lagi cara yang boleh dilakukan oleh beliau tetapi sy faham sebagai moderator, kita seharusnya bijak mengawal keadaan, masa dan mengelakkan isu2 yang boleh mengotorkan imej2 kerajaan. Ramai yang berpandangan negatif apabila beliau memberi contoh mengenai haiwan dan hak2nya seperti lembu, kambing, ikan dan jerung tetapi seharusnya difahamkan dari awal apa yang ingin beliau sampaikan. Beliau mengaitkan contoh2 tersebut dari soalan2 dan kritikan seperti apabila ditanyakan mengenai hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma, beliau memberikan jawapan positif dengan menyatakan bahawa rakyat di sana gembira dengan apa yang kerajaan telah berikan kepada mereka. Dan jawapan mengenai binatang2 tesebut bukanlah jawapan kosong semata2 seperti yang disangkakan oleh para viewers kerana beliau memberikan contoh adakah kita bersikap prihatin dan simpati dgn binatang2 seperti "shark fin" yang diambil dari ikan jerung dan lembu yang disiat2...jika kita mempersoalkan hak2 binatang tersebut maka kita tidak boleh hidup kerana itu adalah sebahagian daripada makanan kita sebagai manusia. Ada juga percakapan beliau yang agak pedas kepada saudari Bawani apabila menyatakan perbezaan antara beliau dan saudari Bawani adalah Degree dan "0" level. Saya juga agak terkejut bila saudari Sharifah membuat statement bahawa saudari Bawani mempunyai pendidikan yang kurang di samping menyuruh beliau mencari negara lain selain dari Malaysia. Bagi saya, jikalau ingin menjawab kritikan dari saudari Bawani tersebut seharusnya dengan cara yang lebih berhemah dan bukannya memalukan beliau. Mungkin ini adalah sifat semulajadi saudari Sharifah yang agak kasar tetapi seharusnya beliau bersikap profesional dalam menanggani insiden sepeti ini. Diharapkan kepada beliau di lain masa agar lebih berhati2 dalam percakapan "Berfikir Sebelum Bertindak". Akibat dari tindakan beliau, isu ini menjadi isu yang paling panas di Malaysia malah view dalam youtube hampir mengalahkan rekod Oppa Gangnam Style. 3 hari 600 000 views.

Setelah selesai mengkritik mengenai kedua2 nama panas tersebut yang sedang2 meletup di media sosial masakini, saya juga ingin mengkritik sikap2 para viewers yang komennya berunsur negatif malah ada juga komen-komen yang berunsurkan perkauman dan mengaitkan isu2 agama. Mereka hendaklah faham bahawa saudari Sharifah juga adalah manusia biasa yang mempunyai keluarga, agama dan maruah. Maka hendakhlah berpada2 jikalau ingin mengkritik beliau. Hendaklah diingatkan kita adalah sama seperti beliau jika memberikan komen2 yang negatif malah lagi teruk dari itu dan ini menecrminkan mentaliti kita yang agak kotor sebagai rakyat Malaysia. Seiring dengan pribahasa melayu, "Budi Bahasa Budaya Kita" maka seelok2nya jgnlah dicampuraduk kan isu2 ini dgn keluarga beliau dan agama beliau kerana ramai di Malaysia yang beragama Islam.

Saya juga bebeapa kali menonton video dari 2 Vlooger terkenal iaitu Mat Lutfi dan juga Namawee. Mereka juga menyindir sikap saudari Sharifah dengan parodi yang agak kelakar tetapi penuh dengan mesej. Setakat ini sahajalah pandangan dan nurkilan blog saya pada kali ini, Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk adalah dari kesilapan saya sendiri . Amin