Thursday, April 7, 2011

Petua pelajar cemerlang IPTA/IPTS

Shah Rizan Abd Aziz, 24, CPA : 3.90 , ISMSKOMP, UTM.

1. Persediaan sebelum menghadiri kelas pada esok harinya.
2. Memiliki displin diri yang tinggi dan konsisten dalam membuat ulangkaji, tanpa displin pelajar sukar capai kejayaan.
3. Bijak mengurus masa.
4. Banyak lakukan latihan.
5. Perlu rajin membuat nota.

Marwan Bin Mustafa Kamal, 23, CPA : 4.00 , DBS, Kolej Prof Mara(IPTS)

1.peruntukkan 3 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan 1 jam untuk lain2 bacaan seperti surat khabar dan bahan2 ilmiah dari internet
2.Pengambilan makanan yang baik untuk otak seperti habbatus sauda, madu dan kismis.seeloknya membeli "jus tok guru" kerana bukan sahaja baik untuk otak tapi boleh menghilangkan ngantuk dan badan menjadi lebih segar
3.berbuat baik dengan guru dan sentiasa mendapatkan latihan daripada mereka..untuk pelajar ipta/ipts cari sumber2 ilmu dan buat kajian terhadap subjek yang diambil.seeloknya kongsikan dengan pensyarah.
4.Solat dan Doa adalah penting! Ramai pelajar2 yang rajin dan bijak gagal memperoleh gred dan pointer yg tinggi karana meninggalkan solat...Berkat daripada Allah adalah sangat penting ..
5.pelajar boleh memilih antara dua samada ulangkaji sehingga pukul 1.30 pagi ataupun tidur awal dan bangun pada pukul 5.15 pagi...pastikan tidur satu jam pada waktu siang..
6.Mulakan daripada sekarang mencari 5 perkataan yg janggal dilihat dalam bahasa inggeris dan catitkan di dalam nota....contoh mcm "pretedent" dan buat ayat mengenai ayat tersebut...dunia makin maju dan bahasa Inggeris sangat penting di masa hadapan....

Ibrahim, 23, CPA : 3.91, ISMP.Manusia, UTM.
1. Banyak buat rujukan di perpustakaan untuk mantapkan persediaan menghadapi peperiksaan.
2. Banyak belajar secara bersendirian.

Adi Azlan Ahmad Othman, 20, CPA : 3.61, Mekanikal, UITM.

1. Gigih mentela’ah pelajaran.
2. Tidak lupa agar menunaikan solat dan berdo’a supaya diterangkan hati dan diberi kekuatan mental agar dapat menerima
pelajaran yang dipelajari.
3. Sebelum mula belajar sebaiknya memohon do’a
4. Guna peluang belajar sebaik mungkin.
5. Janan membazir masa melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

2 comments: