Friday, May 10, 2013

Pengalaman belajar di United Kingdom

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun belajar di UK dan banyak pengalaman belajar di sini tambahan pula kehidupan kat sini agak berbeza dari tanah air tercinta. Di sini, kami diterapkan dengan sistem pembelajaran yang dinamakan 'critical thinking' dimana lecturer akan bagi case study berdasarkan real punya situation mcm bagaimana untuk menyelesaikan konflik dalaman di dalam pengurusan di  Syarikat British Airway. Setiap dari kami akan diberikan kumpulan secara random dan diminta untuk menyelesaikan case study dalam masa setengah jam. Kadang2 dalam satu kelas dapatlah  5 case study di mana satu case study ada 3-4 page depan dan belakang yang perlu dibaca dan sekurang2nya menjawab 2 page penuh dalam kertas A4. Kami diminta untuk menghantar case study dlm tempoh tertentu dan akan membincangkan jawapan masing2. Di sini, kami boleh melihat lain kumpulan mempunyai lain idea yang unik dan menarik. Berbeza di Malaysia, case study atau assignment akan diberi tempoh seminggu ke 2 minggu untuk disiapkan dan banyak masa untuk berbincang sesama group sebelum tempoh akhir hantar. Apa yang ingin dirungkaikan di sini adalah sistem 'critical thinking' bagi saya adalah amat berkesan di mana setiap ahli kumpulan memainkan peranan penting dan perlu menyelesaikan sesuatu permasalahan mengikut situasi masing sebagai contoh dalam kumpulan ada 5 orang dan satu case study ada 5 soalan jadi setiap org akan menjawab satu soalan dan 15 minit terakhir bolehlah berbincang sesama sendiri. Tujuan saya memuji sistem pembelajaran di sini bukan kerana ingin mengagungkan institusi pengajian di Uk tetapi saya merasakan keberkesanan dalam pembelajaran di samping setiap org mengambil bahagian di dalam tugasan masing2. Jika dibandingkan di Malaysia, jikalau ada tugasan berkumpulan dan ada tempoh untuk disiapkan, kita dapat melihat ada 'sleeping group' dalam kumpulan dan ada yg suka melengah2 dan akhirnya sorang dua je yg betul2 buat dan akhirnya markah tugasan akan dikongsi bersama. Adilkah cara sebegini? Lagi satu, sistem di sini more to research study di mana setiap orang akan dapat satu tajuk dan buat dalam words yang diminta sebagai contoh 2500 words perlu disiapkan dalam masa 2 minggu  hantar kepada pensyarah melalui sistem university dan akan ditapis oleh "Turnitin". Apa itu Turnitin? Turnitin adalah satu sistem yang digunakan untuk mengesan aktiviti Plagiarism di dalam assignment kita, jadi kepada sesiapa yg suka mengamalkan sistem Copy and Paste, korang akan rasa kejutan sikit lah sb x semudah itu nak menyiapkan tugasan yang diberi. Jadi, segala tugasan adalah 100% dari kita, dan rujukan hanya boleh dibuat melalui online journal, E book dan buku (lecturer x menggalakkan buat rujukan dari laman web). Dan akhir sekali, pelajar2 yg datang di UK, boleh memilih sama ada nak buat Course saja atau Course and Dissertation untuk degree. Kalau untuk Master pula boleh pilih sama ada nak buat research saja, research + course atau course. Nak tahu apa perbezaan semua ni? Kalau pelajar memilih Course, diorang perlu menghadiri kelas selama 20 jam seminggu (pandai2 lah korang devide berapa jam seminggu) , ada exam+ assignment dan ada final projek, manakala kalau dissertation pula para pelajar akan buat satu research dalam 10000 words dan juga perlu menghadiri kelas dalam 8-12 jam seminggu + exam dan xda final projek. Jadi saya di sini ambil dissertation dan buat research mengenai sistem politik di Eropah + kelas 8 jam seminggu, poster presentation dan satu exam setiap semester. Oklah, setakat itu sajalah blog yang saya tulis mengenai sistem pembelajaran di United Kingdom. Assalammualaikum




5 comments:

  1. salam..sronok bce penglaman org study kt oversea..sy ade jgk dpt ofer dr durham uni tp rsenye xdpt pegi kot memndgkn xde financial support huhu..hopefully msh ade pluang utk sy pd ms akn dtg..btw yg psl 'sleeping member' dlm assgmt group tu mmg ade benarnye..sy dh alami sepjg degree..sgt menyakitkn ati kalo tiada sorg pn yg sudi contribute idea n hnye accept idea kite sebulat-bulatnye..memndgkan sy agk senior,alasn itu slalu digunekn utk lepas tgn..sgt menyakitkn ati..tp kene think positive..at last sy rse ade jgk benefit bile kite dh biase dgn situasi ni..sekrg2nye kite tau how to solve certain problem & xperlu b'gantung sgt kpd org lain

    ReplyDelete
  2. salam..just nak tanya..which part of uk yg cost living dia rendah?can u give some lists?ur feedback is highly appreciated

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.... jadual kelas nie ade tak yang sangkut2... cthnye- klaw hari jumaat, ade ke kelas yang bertembung dengan sembahyang jumaat tu??? (juz naktahu)

    ReplyDelete
  4. Minta tolong tumpang add sebagai UK university agent di bawah ni. Terimakasih

    As salam all,

    If any of you fellow students wish to further your study in UK please give us call. We are a students recruitment consultancy agency base in Sec.7 Shah Alam(near Jakel textiles). Don't worry our services are FREE. Please like our FB page at https://www.facebook.com/EDMYC.Educ?ref=br_tf

    We provide the needs of students on end to end application process such as application submission, academic requirement, English proficiency, scholarship availability, flight arrangement, accommodation etc.

    Come talk to us and feel free to contact us via FB, phone or email.
    P/S: If you can't visit us , we'll come to you.

    Azmi (019-2837018)
    EDMYC Education Consultant

    ReplyDelete
  5. It’s exhausting to seek out knowledgeable individuals on this topic, but you sound like you recognize what you’re speaking about! Thanks Dissertation Writing Services London

    ReplyDelete