Beberapa hari yang lepas, Malaysia telah dikejutkan dengan isu pendebatan dari saudari Bawani dan saudari Sharifah yang berlaku di Universiti Utara Malaysia. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan saudari Sharifah apabila menjawab soalan dan hujah2 dari saudari Bawani mengenai pendidikan percuma, campur tangan pihak ketiga dari segi politik dan juga perbandingan politik di Malaysia dengan negara2 luar. Lebih menyedihkan, apabila saudari Sharifah menarik mikrofon jauh dari saudari Bawani dan mengulangi perkataan listen listen listen dan let me speak. Saya telah mengulangtayang video ini sebanyak beberapa kali malah beberapa hari kebelakangan ini sibuk dgn membaca komen2 dari viewer mengenai tindakan beliau tersebut.
Pada pandangan saya, sikap dan tindakan kedua2 pihak tersebut adalah salah. Saudari Bawani pada mulanya bertanyakan soalan tetapi akhirnya mencampuradukkan unsur2 yg menghentam kerajaan dgn mengkitik tindakan kerajaan, malah suara lantang beliau juga menampakkan sikap yg kurang sopan terhadap saudari sharifah. Mungkin saudari sharifah beranggapan bahawa sikap beliau itu agak kurang ajar apabila masih berkata2 setelah disuruh berhenti bercakap ataupun meninggikan suara ketika bertanyakan soalan. Idea yang dikeluarkan oleh pelajar jurusan undang2 ini adalah sgt menarik di samping pngetahuan yang mendalam mengenai isu2 politik di Malaysia. Cuma beliau harus faham bahawa majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UUM tersebut adalah untuk memberi kesdaran kepada pelajar2 mengenai kebaikan yang diberikan UMNO dan jasa2 baik UMNO terutama dari segi gerakan puteri UMNO memandangkan saudari Sharifah adalah pengerusi suara wanita UMNO. Jadi, seharusnya bertanyakan soalan yang tidak mempunyai anasir2 yang mengkritik kerajaan. Saya menulis blog ini bukanlah untuk mengkritik sikap saudari Bawani ataupun menyokong saudari Sharifah walaupun saya adalah setiausaha UMNO luar negara tetapi ingin menyuarakan pandangan saya tehadap insiden panas yang berlaku di negara kesayangan saya ini.
Berbalik semula kepada video tersebut, sepertimana viewer yang lain , saya juga agak tidak berpuas hati dengan tindakan pengerusi suara wanita UMNO tersebut apabila bersikap autokratik dengan memaksa saudari bawani berhenti daripada berkata2 malah menarik mikrofon jauh dari beliau. Mungkin banyak lagi cara yang boleh dilakukan oleh beliau tetapi sy faham sebagai moderator, kita seharusnya bijak mengawal keadaan, masa dan mengelakkan isu2 yang boleh mengotorkan imej2 kerajaan. Ramai yang berpandangan negatif apabila beliau memberi contoh mengenai haiwan dan hak2nya seperti lembu, kambing, ikan dan jerung tetapi seharusnya difahamkan dari awal apa yang ingin beliau sampaikan. Beliau mengaitkan contoh2 tersebut dari soalan2 dan kritikan seperti apabila ditanyakan mengenai hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma, beliau memberikan jawapan positif dengan menyatakan bahawa rakyat di sana gembira dengan apa yang kerajaan telah berikan kepada mereka. Dan jawapan mengenai binatang2 tesebut bukanlah jawapan kosong semata2 seperti yang disangkakan oleh para viewers kerana beliau memberikan contoh adakah kita bersikap prihatin dan simpati dgn binatang2 seperti "shark fin" yang diambil dari ikan jerung dan lembu yang disiat2...jika kita mempersoalkan hak2 binatang tersebut maka kita tidak boleh hidup kerana itu adalah sebahagian daripada makanan kita sebagai manusia. Ada juga percakapan beliau yang agak pedas kepada saudari Bawani apabila menyatakan perbezaan antara beliau dan saudari Bawani adalah Degree dan "0" level. Saya juga agak terkejut bila saudari Sharifah membuat statement bahawa saudari Bawani mempunyai pendidikan yang kurang di samping menyuruh beliau mencari negara lain selain dari Malaysia. Bagi saya, jikalau ingin menjawab kritikan dari saudari Bawani tersebut seharusnya dengan cara yang lebih berhemah dan bukannya memalukan beliau. Mungkin ini adalah sifat semulajadi saudari Sharifah yang agak kasar tetapi seharusnya beliau bersikap profesional dalam menanggani insiden sepeti ini. Diharapkan kepada beliau di lain masa agar lebih berhati2 dalam percakapan "Berfikir Sebelum Bertindak". Akibat dari tindakan beliau, isu ini menjadi isu yang paling panas di Malaysia malah view dalam youtube hampir mengalahkan rekod Oppa Gangnam Style. 3 hari 600 000 views.
Setelah selesai mengkritik mengenai kedua2 nama panas tersebut yang sedang2 meletup di media sosial masakini, saya juga ingin mengkritik sikap2 para viewers yang komennya berunsur negatif malah ada juga komen-komen yang berunsurkan perkauman dan mengaitkan isu2 agama. Mereka hendaklah faham bahawa saudari Sharifah juga adalah manusia biasa yang mempunyai keluarga, agama dan maruah. Maka hendakhlah berpada2 jikalau ingin mengkritik beliau. Hendaklah diingatkan kita adalah sama seperti beliau jika memberikan komen2 yang negatif malah lagi teruk dari itu dan ini menecrminkan mentaliti kita yang agak kotor sebagai rakyat Malaysia. Seiring dengan pribahasa melayu, "Budi Bahasa Budaya Kita" maka seelok2nya jgnlah dicampuraduk kan isu2 ini dgn keluarga beliau dan agama beliau kerana ramai di Malaysia yang beragama Islam.
Saya juga bebeapa kali menonton video dari 2 Vlooger terkenal iaitu Mat Lutfi dan juga Namawee. Mereka juga menyindir sikap saudari Sharifah dengan parodi yang agak kelakar tetapi penuh dengan mesej. Setakat ini sahajalah pandangan dan nurkilan blog saya pada kali ini, Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk adalah dari kesilapan saya sendiri . Amin
Wednesday, January 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila hak bersuara tidak dinafikan, kadang kala kita terlupa dengan segala nikmat yang telah kita perolehi di negara ini. ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. tak semua yg kita inginkan dapat dipenuhi oleh pemerintah. tp, sekurang2 nya hidup di malaysia adalah lebih baik dari kebanyakan rakyat di negara lain yang dinafikan haknya. tambahan pula utk golongan minoriti. sy bersetuju yg kedua-duanya bawani dan sharifah ada kesilapan masing2 dlm mempertahankan hujah mereka. namun, 'respect' harus diberikan kpd mereka atas atas keberanian mengeluarkan pendapat. rakyat malaysia yg lain harus melihat isu ini dari sudut yg membina, bukan menghentam keduanya.. =)
ReplyDeleteterima kasih di atas komen anda.. amat menghargainya. akhbar keluaran hari ini ada berita mengenai Saudari Sharifah sudah memaafkan saudari Bawani. walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkannya tapi bagi saya biar lah mereka menyelesaikannya dgn cara masing2. Dan minda kita terlalu mengaitkan seseorang dengan politik seharusnya dtapis. Diharapkan isu seperti ini tidak berulang lagi
ReplyDeletenegara ni bukan milik umno tapi milik rakyat jelata, jangan sesekali sombong menyatakan semua yang ada sekarang ini adalah jasa umno tetapi jasa rakyat jelata yang sanggup bekerja bagi memastikan ekonomi terus berjalan, klcc,klia itu bukanlah milik tapi milik rakyat jelata kerana duit mereka dilaburkan dalam pembangunan tersebut.Ingatlah saat saat kejatuhan sepertimana jatuhnya kerajaan firaun, walupun gagah dan berkuasa tetapi yang tetap berkuasa tetaplah ALLAH- (DAULAT RAKYAT)
ReplyDelete