Friday, November 27, 2009
Kajian Dr Fadhilah Kamsah-88% setuju
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.
Wednesday, November 11, 2009
Sarapan Pagi di Salam Corner
"Alamak terlepas plak lah Subuh Aku kali ni".Ini semua angkara terlewat tido sebab layan movie dgn member malam semalam.Citer movie OngBak2 memang layan sebab aku memang minat bab2 berlawan ni.Pagi2 tu kesian lak tengok member2 aku terlewat ke kelas yelah tido pun hampir2 mencecah 4 pagi..huhu pukul 9 pagi perut dah mula berbunyi.terpikir plak aku kat mana tempat sarapan dekat kawasan bangi atau kajang.Mula2 plan nak makan dekat kolej then alahai setiap hari kat kolej nak gak layan tempat lain.Then lastly aku makan di Salam Corner dekat syeksen 16 berdekatan dengan UKM.Kat salam corner ni aku merasa gak makan roti nan masala..leh tahan gak lah aku memang suke roti nan dats why di kolej owg panggil aku NAN hehehe.Pepun this is last week dekat Bangi ni then aku terus balik Hometown di Perak....Inilah jew aku nak update kali ni..yelah saje jew nak update pasal sarapan pagi k chow nak buat assignment ni bubye.
Sunday, November 8, 2009
..Biodata..
Tatkala melakukan assignment di d cafe ni teringat lak aku nak update blog... teringin lak nak update blog pasal biodata diri ini.Tak salahkan agar sesiapa saja yang ingin mengenali diri ini.Dibesarkan di Bumi kenyalang sarawak dan mendapat pendidikan di sana sehingga sekolah menengah.Kemudian keluarga aku berpindah di Kuala Kangsar Perak iaitu negeri kelahiran bapa.Terlupa pula yang my mom anak jati sarawak yang bekerja di Telekom dan beliau juga adalah bekas guru Bahasa Inggeris.Bersekolah di sekolah menengah Clifford pada tingkatan 1 & 2 dan Sekolah menengah Simpang Beluru dalam bahagian Sains Tulen dan Rekacipta.Seterusnya selepas tamat sekolah aku bekerja di kilang Intel Inside di Pulau Pinang sebagai maintainence machine.Aku telah melanjutkan pengajian ke Politeknik seberang Perai dalam jurusan Business IT dengan CGPA 3.56 dan kini aku belajar di German Malaysian Institute yang bertempat di Bangi-Kajang.Itulah serba sedikit biodata yang sempat aku tulis.Dimanapun aku berada Kuala kangsar tetap tempat yang paling indah bagiku kerna disitulah seribu satu kenangan yang tak dapat aku lupakan..
Friday, November 6, 2009
Pembelajaran Di German Malaysian Institute
German Malaysian institute adalah sebuah ipts yang mendapat kerjasama dari kerajaan German.Ini bermakna di di sini menggunakan teknologi daripada negara German.Penuntut-penuntut di German Malaysian Institute mandapat pinjaman sepenuhnya daripada pihak MARA.Di sini saya telah mengambil jurusan Network Security.Kos ini mendedahkan bagaimana untuk menanggani "Hackers atau Crackers" daripada menceroboh sesebuah syarikat.Bagaimanapun di semester 1 dan 2 sya tidak didedahkan lagi dengan pengkhususan kos tersebut.Lokasi German Malaysian Institute terletak di Bangi-kajang iaitu berhampiran dengan Universiti kebangsaan Malaysian di mana ia juga berhampiran dengan stesen komuter UKM.Inilah serba sedikit yang ingin saya ceritakan pasal institutsi di mana saya menuntut kini.Kepada lepasan-lepasan SPM jika berminat bolehlah Apply kerana buat masa ni masih dibuka permohonan.:-)
Sunday, November 1, 2009
DELL ASPIRON
Syukur AlHAMDULILLAH akhirnya aku telah memiliki laptop sendiri tambahan laptop ni memang idaman aku dari dulu.Laptop Dell Aspiron yang dibeli di Ipoh ini direka bentuk agak kecil dan kemampuan bateri yang tahan lama.mudah-mudahan dengan adanya laptop ini memudahkan urusan aku dalam perlaksanaan assignment dan sekurang-kurangnya aku takdelah bersusah payah nak ke cyber cafe atau menahan keboringan duduk di bilik mengadap buku hehe.Hara-harap laptop ni selamat dan dilindungiNya sampai bile-bile
Potret raya
Tengah-tengah boring ni tibe2 teringat memori raya pada bulan lepas...mungkin keadaan yang agak sibuk dengan assignment aktivit kolej dan sebagainye shingga terlupa nak kirimkan potret raya.memang seronok sb kami sekeluarga bercuti di pulau pangkor tambahan pula abg dan kakak yang tinggal di sarawak beraya di sini setelah sekian lama tak beraya.cuma penat sikit nak melayan telatah anak buah yang memang nakal gile..
Subscribe to:
Posts (Atom)