Tuesday, December 9, 2008
Beristirehat di Pantai Bersih Penang
Setelah kelas tamat,aku bercadang untuk pergi berjalan-jalan dengan sahabat aku EMI ...Kami bercadang untuk beristirehat di Pantai Bersih kerana Pantai Bersih adalah satu-satunya tempat untuk menghilangkan masalah-masalah samada masalah pelajaran atau masalah-masalah yang lain.
Kami bertolak ke pantai bersih dan tiba pada pukul 4.00 petang.Perjalanan ke Pantai Bersih ini mengmbil masa kira-kira 20 minit daripada tempat tinggal kami..Pemandangan di Pantai Bersih benar-benar memukau hati aku…yeler,siapa yang tak terpesona melihat keindahan pantai,kemudahan-kemudahan yang lengkap dan alunan ombak yang memukau.Daripada Pantai Bersih,aku dapat melihat pemandangan di sebelah pulau seperti Bukit Bendera,Bandar Georgetown dan Batu Feringghi.Kami berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil menikmati makanan ringan yang dibeli di koperasi Politeknik selepas tamat kelas tadi.
Hari pun dah makin senja.Kami berkemas untuk bertolak pulang setelah puas menikmati pemandangan di Pantai bersih…..Lega hati aku berada di Pantai Bersih ini.Aku sampai di rumah kira-kira pukul 7.00 petang dan terus menjamah makanan malam yang dibeli daripada Pantai bersih tadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment