Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun belajar di UK dan banyak pengalaman belajar di sini tambahan pula kehidupan kat sini agak berbeza dari tanah air tercinta. Di sini, kami diterapkan dengan sistem pembelajaran yang dinamakan 'critical thinking' dimana lecturer akan bagi case study berdasarkan real punya situation mcm bagaimana untuk menyelesaikan konflik dalaman di dalam pengurusan di Syarikat British Airway. Setiap dari kami akan diberikan kumpulan secara random dan diminta untuk menyelesaikan case study dalam masa setengah jam. Kadang2 dalam satu kelas dapatlah 5 case study di mana satu case study ada 3-4 page depan dan belakang yang perlu dibaca dan sekurang2nya menjawab 2 page penuh dalam kertas A4. Kami diminta untuk menghantar case study dlm tempoh tertentu dan akan membincangkan jawapan masing2. Di sini, kami boleh melihat lain kumpulan mempunyai lain idea yang unik dan menarik. Berbeza di Malaysia, case study atau assignment akan diberi tempoh seminggu ke 2 minggu untuk disiapkan dan banyak masa untuk berbincang sesama group sebelum tempoh akhir hantar. Apa yang ingin dirungkaikan di sini adalah sistem 'critical thinking' bagi saya adalah amat berkesan di mana setiap ahli kumpulan memainkan peranan penting dan perlu menyelesaikan sesuatu permasalahan mengikut situasi masing sebagai contoh dalam kumpulan ada 5 orang dan satu case study ada 5 soalan jadi setiap org akan menjawab satu soalan dan 15 minit terakhir bolehlah berbincang sesama sendiri. Tujuan saya memuji sistem pembelajaran di sini bukan kerana ingin mengagungkan institusi pengajian di Uk tetapi saya merasakan keberkesanan dalam pembelajaran di samping setiap org mengambil bahagian di dalam tugasan masing2. Jika dibandingkan di Malaysia, jikalau ada tugasan berkumpulan dan ada tempoh untuk disiapkan, kita dapat melihat ada 'sleeping group' dalam kumpulan dan ada yg suka melengah2 dan akhirnya sorang dua je yg betul2 buat dan akhirnya markah tugasan akan dikongsi bersama. Adilkah cara sebegini? Lagi satu, sistem di sini more to research study di mana setiap orang akan dapat satu tajuk dan buat dalam words yang diminta sebagai contoh 2500 words perlu disiapkan dalam masa 2 minggu hantar kepada pensyarah melalui sistem university dan akan ditapis oleh "Turnitin". Apa itu Turnitin? Turnitin adalah satu sistem yang digunakan untuk mengesan aktiviti Plagiarism di dalam assignment kita, jadi kepada sesiapa yg suka mengamalkan sistem Copy and Paste, korang akan rasa kejutan sikit lah sb x semudah itu nak menyiapkan tugasan yang diberi. Jadi, segala tugasan adalah 100% dari kita, dan rujukan hanya boleh dibuat melalui online journal, E book dan buku (lecturer x menggalakkan buat rujukan dari laman web). Dan akhir sekali, pelajar2 yg datang di UK, boleh memilih sama ada nak buat Course saja atau Course and Dissertation untuk degree. Kalau untuk Master pula boleh pilih sama ada nak buat research saja, research + course atau course. Nak tahu apa perbezaan semua ni? Kalau pelajar memilih Course, diorang perlu menghadiri kelas selama 20 jam seminggu (pandai2 lah korang devide berapa jam seminggu) , ada exam+ assignment dan ada final projek, manakala kalau dissertation pula para pelajar akan buat satu research dalam 10000 words dan juga perlu menghadiri kelas dalam 8-12 jam seminggu + exam dan xda final projek. Jadi saya di sini ambil dissertation dan buat research mengenai sistem politik di Eropah + kelas 8 jam seminggu, poster presentation dan satu exam setiap semester. Oklah, setakat itu sajalah blog yang saya tulis mengenai sistem pembelajaran di United Kingdom. Assalammualaikum
Friday, May 10, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)