Sunday, October 7, 2012

Meneruskan perjalanan hidup di United Kingdom

Berjalan-jalan ke town bersama classmate
Di Gateway Building

my accomodation

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku dapat lagi meneruskan kehidupan di BumiNya yang penuh dengan rezeki dan rahmatnya. Semoga para pembaca di luar sana berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga dan sahabt2 tersayang. Pada kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman manis berada di bumi asing yang terletak di utara United Kingdom iaitu Lancaster. Sejak mula belajar diploma, aku sudah menanamkan minat yang tinggi untuk sambung belajar ke luar negara, namun aku hanya memndam sahaja keinginan tersebut kerana takut harapan tinggal harapan. Untuk makluman, aku bara sahaja selesai menjalani latihan industri di New Straits Times Press dalam bahagian Finance and Marketing. Syukur Alhamdulillah, 2 minggu sebelum tamat latihan industri, aku mendapat panggilan daripada pihak MAra yang aku layak untuk mendapat tajaan ke luar negara. Perasaan, bercampur baur aku ketika itu mengusai diri dan aku terus menghubungi kedua ibu bapa sebaik sahaja mendapat khabar berita baik tersebut. Setelah selesai semua urusan dengan MARA termsuklah menjalani ujian IELTS, aku terus "FLY" ke oversea pada 15hb September 2012 dan memakan masa hampir 16 jam kerana berhenti di Jeddah terlebih dahulu sebelum berangkat semula ke Lapangan terbang London. Sebaik sahaja tiba, aku disambut mesra oleh abg ipar dan beliau terus membawaku ke rumah kakak di Loughborough. Dua hari berada di rumah mereka, aku dapat rasakan cabaran-cabaran yang bakal dilalui kelak di sini dan bersedia menghadapi apa jua situasi . Alhamdlullilah , aku berjaya juga tiba di Lancster pada isnin dan menumpang sementara di rumah Encik Azman selama beberapa hari sbelum menanti hall di Gressingham.Inilah, Serba sikit pengenalan mengenai kehidupan baru di UK, cuacanya yang sejuk juga kadang2 mencecah sehingga 9 darjah celcius dan ascent yang digunakan agak lain dari yang biasa dituturkan. Mudah mudahan aku dapat mempelajari kehidupan di sini dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk masa depan kelak.

8 comments:

  1. congratulations!
    wah bestnya dapat tgk... teringin jgk nak pergi

    ReplyDelete
  2. thanks banyak2...InsyaAllah kalau ada rezeki akan jejakkan juga kaki di sini, sya doakan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saudara marwan...

    sy sedang dlm usaha utk melanjutkan pelajaran ke UK n tgh mencari2 info tentang lancaster...saudara ade FB tk? ataupun email?
    kalau tk keberatan, sy ade beberapa perkara yg nktanya...ataupun bole email sy kt botolkicaps@yahoo.com...tq...

    ReplyDelete
  4. salam...cm ne eh cre nk mohon blaja luar ngre untk lpasan diploma? kalau x keberatan leh email sye di ukhti_fiqa42@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. saya dah pun membalas di email saudari. Terima kasih sebab sudi bertanya

    ReplyDelete
  6. saya email di botolkicaps juga terima kasih

    ReplyDelete
  7. salam baru jumpa blog ni. blog emailkan cara-cara untuk apply mara untuk ke luarnegara ?
    ini email saya (hanisafie@gmail.com)

    ReplyDelete
  8. Hye.. Baru jmpe blog ni.. U bljar kat university di Lancaster? Blh sy taw khdpan, environment kt lancaster mcm mn? Coz I will be going to uni of Cumbria lancaster this sept.. If x kbratan blh email? eija.shukur@yahoo.com.. Thanks

    ReplyDelete