Thursday, October 11, 2012

renungan sajak untuk semua


Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?

Sunday, October 7, 2012

Meneruskan perjalanan hidup di United Kingdom

Berjalan-jalan ke town bersama classmate
Di Gateway Building

my accomodation

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku dapat lagi meneruskan kehidupan di BumiNya yang penuh dengan rezeki dan rahmatnya. Semoga para pembaca di luar sana berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga dan sahabt2 tersayang. Pada kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman manis berada di bumi asing yang terletak di utara United Kingdom iaitu Lancaster. Sejak mula belajar diploma, aku sudah menanamkan minat yang tinggi untuk sambung belajar ke luar negara, namun aku hanya memndam sahaja keinginan tersebut kerana takut harapan tinggal harapan. Untuk makluman, aku bara sahaja selesai menjalani latihan industri di New Straits Times Press dalam bahagian Finance and Marketing. Syukur Alhamdulillah, 2 minggu sebelum tamat latihan industri, aku mendapat panggilan daripada pihak MAra yang aku layak untuk mendapat tajaan ke luar negara. Perasaan, bercampur baur aku ketika itu mengusai diri dan aku terus menghubungi kedua ibu bapa sebaik sahaja mendapat khabar berita baik tersebut. Setelah selesai semua urusan dengan MARA termsuklah menjalani ujian IELTS, aku terus "FLY" ke oversea pada 15hb September 2012 dan memakan masa hampir 16 jam kerana berhenti di Jeddah terlebih dahulu sebelum berangkat semula ke Lapangan terbang London. Sebaik sahaja tiba, aku disambut mesra oleh abg ipar dan beliau terus membawaku ke rumah kakak di Loughborough. Dua hari berada di rumah mereka, aku dapat rasakan cabaran-cabaran yang bakal dilalui kelak di sini dan bersedia menghadapi apa jua situasi . Alhamdlullilah , aku berjaya juga tiba di Lancster pada isnin dan menumpang sementara di rumah Encik Azman selama beberapa hari sbelum menanti hall di Gressingham.Inilah, Serba sikit pengenalan mengenai kehidupan baru di UK, cuacanya yang sejuk juga kadang2 mencecah sehingga 9 darjah celcius dan ascent yang digunakan agak lain dari yang biasa dituturkan. Mudah mudahan aku dapat mempelajari kehidupan di sini dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk masa depan kelak.

Lirik Buatmu Ibu – Aeman


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Tuesday, September 11, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Sambutan hari raya tahun ini agak meriah walaupun tanpa kakak tersayang yang masih menetap di UK. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya aktiviti pertama adalah ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama ayah, adik, dan kedua2 abang aku. Kali ini, kami berjemaah di Masjid yang baru dibina berdekatan dgn kampung kami.Setelah menunaikan solat, kami terus ke rumah dan bermaaf maafan sesama sendiri. Kami sekeluarga bersama-sama makyang terus menziarahi sanak saudara berdekatan dan seterusnya ke ipoh. Sempat jugalah singgah di Jusco ipoh yang baru di pengakaln di mana mall ini sgt besar dan cantik. Raya ketiga pula, aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan report ltihan industri dan menghadiri beberapa majlis terbuka sekitar bangsar dan cheras. Alhamdulillah semuanya telah selesai apabila membentangkan laporan latihan industri di hadapan Encik Zahirudin mokhtar dan Encik Amri Bin Saaban. Aku dijangka akan konvokesyen hujung Oktober dan menarik nafas lega kerana perjuangan menamatkan Diploma selama 3 tahun selesai akhirnya.

Sunday, July 8, 2012

Kehidupan Diteruskan

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Baru selesai menjalani ujian penilaian Bahasa Inggeris pagi tadi..Hari ni aku cuti dari kerja,So masa terluang hari ni aku gunakan sebaik mungkin untuk update blog biru ni .. Seperti di atas tajuk ini, kehidupan diteruskan bermakna seperti biasa, aku menjalani kehidupan harian yang penuh dgn dugaan samada baik ataupun buruk...Buan masa sekarang ni aku sedang menjalani latihan industri di dalah satu cawangan Media Prima iaitu NSTP.. Pada mulanya, aku ditempatkan di bahagian kewangan, tugas harian aku adalah berurusan dgn pesakit2 yang kritikal seperti kanser, masalh jantung paru2 dsb. Kutipan sumbangan akan disalurkan kepada mangsa2 berkenaan agar dapat menjalani pembedahan dan mengurngkan beban keluarga pesakit2 tersebut...Aku enjoy dgn kerja aku sb mmg berminat dgn social welfare, almaklumlah sblum2 ni di kolej pun banyak aktiviti2 kebajikan yang dah dibuat...Bulan Berikutnya sehingga sekarang aku ditikarkan ke bahagian advertising yang mana melibatkan government..segala urusan dengan kerajaan akan melalui department aku dulu..jadi ambik ini sebagai cabaran walaupun kerja dia agak banyak dan memeningkan. Apapun sepanjang bertugas di media prima ni aku berkesemptan menikmati faedah2 di sini antaranya banyak dapat minuman dan makanan percuma dan paling menarik bila dapat join Sukan Media Prima..Kalau setakat jumpa artis2 tu mmg selalulh sb artis2 bnyk berurusan dgn org2 media kat studio sini...Erm, nak citer pasal sukan media hari tu main carom dan geng2 pun ada di kalangan artis gak...kalah jugak dgn azlee senario haha ..takpe , jadikan sebagai pengalaman menarik...Btw puasa dah nak dekat ni, sbelum puasa ni nak enjoy puas2 makanan tgh hari area Kuala Lumpur ni hehehe...Nak Ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Semoga Amalan kita Diberkati Allah..

Sunday, May 20, 2012

Persiapan Terakhir..

Alhamdulillah sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. aku baru sahaja selesai membuat persiapan terakhir untuk perbentangan di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar yang akan diadakan sepanjang minggu depan. Bas dijadualkan bertolak seawal jam 830 pagi esok dan akan menempuh perjalanan yang agak panjang iaitu 7 jam.. Pertandingan yang aku sertai ini adalah pertandingan laporan perniagaan Persatuan Siswa Niaga yang disertai lebih kurang 7-10 buah kolej di seluruh Malaysia. Seramai 5 orang dipilih oleh kolej berdasarkan persembahan dan markah terbaik masa perbentangan "Final Projek" sebelum Final Exam hari tu...Tak sangka jugak jawatab Pengurus Kewangan jugak yang disang.alahai tak lepas lah dari dunia perakaunan ni, dah le kerja nanti pun bahagian akaun huhuhu.. Apapun minta maaf banyak2 kerana baru nak menghapdate setelah hampir 5 bulan x hapdate ,ini angkara aku agak dingin sikit bila "shoutbox" yang ada respon2 follower tu hilang..xtaw lah samada ada org baca ag atau x, kritikan pun xtaw, respon semua tak tahu...Jadi Perjalanan untuk semester akhir ni berjalan dengan lancar..macam2 dah sertai antaranya mewakili MARA dalam Global Excellence seluruh Negara Di singapore, Memegang jawatan tertinggi dalam insurans dan Diploma Business studies..dan paling membanggakan apabila dapat menjayakan program bersama anak2 yatim yang memang program khas aku.. Selain itu jugak ada jugak buat amal kebajikan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Rumah Orang2 Tua...Seronok sebenarnya membuat amal kebajikan sebab dari situ dapat melatih diri kita dari sifat2 negatif...panjang jugak lah kalau nak citer semua benda alah tu haha...Kiranya, banyaklah aktiviti dari pagi sampai petang..parent datang tadi dari kuala kangsar ambik barang bawak ke rumah baru pastu bawak diorang jalan2, malam lak ada discussion..Hari yang memenatkan tapi penuh bermakna..huh, mata dah start ngantuk ni, jam pun dah lewat pagi...nak masuk tido dulu..Assalammualaikum :-)

Wednesday, February 8, 2012

‎15 Ways To Keep A Relationship Working






01. Love Each Other
02. Don't Lie
03. Keep Communication Open
04. Stay With
05. When You Got Hurt, Just Forgive & Forget
06. Never Talk About Break-Ups
07. Never Say "It's Ok" Even If Its Not
08. Forget About PRIDE
09. If You Say Sorry, MEAN it
10. Don't Talk About Your Ex's
11. Don't COMPARE your past to your present
12. Give & Take Process
13. Be Aware Of Your Partner's Feeling
14. When You Had A Fight, Don't Let The Day Pass Without Being Fine
15. Don't Be The PERFECT ONE... Be The RIGHT ONE...

semester akhir!!

Alhamdulillah sedar tak sedar akhirnya kini aku berada di semester yang terakhir untuk program Diploma In Business Studies.... pejam celik pejam celik jer dah dekat 3 tahun aku belajar sekaligus tinggal di bumi beranang yg indah ini.Di semester akhir ni aku mengambil 6 subjek dan subjek yang paling aku minati adalah International Business dan Entreprenuer...yerlah kedua2 subjek ini betul2 menguji kemahiran dan pengetahuan.Untuk Entreprenuer dapat diaplikasikan apa yg telah aku pelajari di semester2 sebelum ini iaitu seperti "management" "marketing" "Human Resource" "financial accounting"..Bagi International Business pula banyak menguji pengetahuan2 semasa di luar negara, dan banyak berkait dengan subjek ekonomi.Di semester akhir ni jugak aku memegang beberapa jawatan penting iaitu pengarah program untuk projek Insurans dan Pengarah untuk Diploma Associates.ada juga jawatan2 lain yg disandang membuatkan semester ini jadual aku agak padat..Tapi takpe, buat tu biar ikhlas kerana Allah nanti balasan nya pun setimpal dgn apa yang aku buat...hmmmm, baru selesai mencari beberapa buah rumah anak yatim untuk buat satu aktiviti kemasyarakatan di sana.Semoga segala urusan dipermudahkanNya..