Monday, May 30, 2011
Final Exam dan Hari Anugerah
Dah sebulan tak update blog ni.....setelah berhempas pulas mengharungi minggu peperiksaan akhirnya dapat jugak merasa rehat di kampung..minggu peperiksaan dijalankan dalam tempoh hampir sebulan dan mcm2 perit getir dilalui.Yelah ader yg leh buat dan ader gak yg xboleyh.mcm paper Organizational Behaviour mmg membuatkan aku menangis lepas jawab tu..mana taknye itu paper favret dan study paper tu sebulan sebelum final.tp last2 xleyh nak buat sgt dan paling menyedihkan leh lak tertido masa dlm dewan sb xtido langsung malam sebelum tu(terlampau risau)..selain tu paper law benar2 menguji kepala otak aku ni haha yelah kena rush gak study law dlm seminggu...ermm harap2 lah 2 paper ni leh skor A.yang paper lain Alhamdulillah cuma agak bermasalah dgn paper ekonomi,sayanglah sb sem lepas subjek ni subjek yg selalu skor,sem ni jatuh sikit tp apepun dah cube yg terbaek...dan yang paling puas hati paper "COM" sb speech dan persuasive speech dah buat sehabis baik,final paper die pun leh jawab ngan tenang walaupun lepas jawab tu jari kelingking kanan lebam dek banyak sgt menulis hehe.Overall final sem ni lagi stress dr sem2 yg lepas yelah 1st banyak sgt menulis kedua kepala penuh dgn teori(tetibe tak sabar nak belajar akaun sem depan) dan last rasa macm lama je nak habis.....haha itu je nak ringkaskan mgu final exam skunk nak masyuk lak Hari anugerah yg dijalankan beberapa hari selepas Final exam berakhir ..
Alhamdulillah syukur dengan kehendakNya, tercapai juga impian aku untuk naik ke pentas menerima anugerah hasil daripada pencapaian aku pada semester lepas.Seingat aku, last aku terima anugerah adalah di Politeknik semasa semester 1 dan semester 4.Hari anugerah ini dikhaskan untuk siswa/siswi yang mencapai gpa 3.5 dan ke atas.Untuk batch aku, DBS seramai 7 org yang layak menerima anugerah ini antaranya Anis syafikah,Ija,Zakira ,Adam, Mardiah,Nur Syafika dan Marwan(aku)..Untuk kali ini anugerah ini boleh dihadiri oleh kedua2 ibu bapa dan adik beradik berbeza dengan tahun2 sebelumnya di mana hari anugerah dibuat dikalangan pensyarah dan pelajar.Majlis yang dijalankan selama 2 jam itu memang sungguh meriah antara anugerah yang disenaraikan adalah Anugerah Perak(3.5-3.7) anugerah Emas(3.71-3.99),Anugerah Platinum(4.00) dan Anugerah Berlian(Kelseluruhan 3.75 keatas)..selepas majlis berakhir, sempat jugak bergambar dengan kawan2 cuma tak sempat nak bergambar ngan pensyarah dan ibu bapa :-( Insya'Allah untuk anugerah yang akan datang harap2 boleh naik pentas lagi...Kepada pembaca2 blog ni Doakan kejayaan aku :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment