Tuesday, September 11, 2012
Selamat Hari Raya 2012
Sambutan hari raya tahun ini agak meriah walaupun tanpa kakak tersayang yang masih menetap di UK. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya aktiviti pertama adalah ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama ayah, adik, dan kedua2 abang aku. Kali ini, kami berjemaah di Masjid yang baru dibina berdekatan dgn kampung kami.Setelah menunaikan solat, kami terus ke rumah dan bermaaf maafan sesama sendiri. Kami sekeluarga bersama-sama makyang terus menziarahi sanak saudara berdekatan dan seterusnya ke ipoh. Sempat jugalah singgah di Jusco ipoh yang baru di pengakaln di mana mall ini sgt besar dan cantik. Raya ketiga pula, aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan report ltihan industri dan menghadiri beberapa majlis terbuka sekitar bangsar dan cheras. Alhamdulillah semuanya telah selesai apabila membentangkan laporan latihan industri di hadapan Encik Zahirudin mokhtar dan Encik Amri Bin Saaban. Aku dijangka akan konvokesyen hujung Oktober dan menarik nafas lega kerana perjuangan menamatkan Diploma selama 3 tahun selesai akhirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment