Friday, December 23, 2011

Cuci GiGi di Hospital Kuala Kangsar



Aku Bangun awal pagi ini..seawal jam 5.30 pagi dan terus melayari internet, ermm xtaw nak uat ape jadi aku pun layan jer ape yg best sebelum tunggu Azan Subuh berkumandang. Rasanya dalam cuti sebulan, inile 1st time aku bangun awal..maklumlah appointment cuci gigi aku kan pukul 8.00 pagi. Habis solat subuh aku pun bersarapan pagi bersama2 ibu dan ayah.Hidangan nasi lemak hasil air tangan mak aku ni mmg menyelerakan.Aku bergegas ke Hospital dan Alhamdulillah tepat betul2 pukul 8.00am aku sampai kat kaunter tu. 7001! no giliran aku dipanggil. apalagi masuk le dalam tu mulanya rasa mcm gentar je nak masuk tp oleh kerana kejantanan aku ni sgt hebat jd aku gagahkan diri je..mula2 dia bagi satu air masuk ke dalam mulut.kemidia dia bagi satu tiub yg berangin sikit diminta aku pegang. Operasi bermula nyeeeetttt alahai nyilu nyew...rasanya ada jugak beberapa kali air mata aku berlinang(bukan sb nanges okay) tp x taw le maybe tahan nyilu kowt haha...nasib baik koe cun melecun nurse..operasi pemutihan gigi dijalankan lebih kurang setengah jam dan aku diminta kumur..haha banyak gak kuning2 tu rasa geli geliman pun ade. Aku yang berhati mulia ini mengucapkan terima kasih pada nurse tu dan pulang sambil tersenyum menampakkan gigi sepanjang jalan..sekian

Aktiviti Harian Di hari rabu 21.12.11


jam menunjukkan pukul 12 tgh hari. Aku baru selesai mensettlekan bayaran umah sewa bersama2 syafik dan adamhamidi. Seterusnya, kami berborak2 di kedai mamak dan aku dan adam terus ke hospital.Hospital? siapa yang sakit? haha x da sape lah sb sebenarnya aku nak buat appointment untk cuci gigi aku yang agak kurang bersih ni. Tibanya di sana, setelah beberapa minit menunggu, aku pun dipanggil masuk ke dalam tempat cek gigi. Doktor gigi tu cakap tak boleh terus cuci dan dia kena cek dulu.yelah mana taw kan takut2 nanti ada lak bakteria berbahaya kat dalam gigi aku ni hehe..Alhamdulillah, setelah cek oleh nurse yg cun melecun tu,Akhirnya dia cakap gigi aku ada 2 batang jer yang prob tupun bahagian dalam..Aku diberi appointment untuk cuci gigi pada hari jumaat.Aku terus start motor dan dalam kepala yang berat ini memikirkan betapa nyilunya kena cuci gigi nanti...tunguuu ^_^

Monday, December 12, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar








Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah diadakan pada bulan 10 yang lalu. Kali ini majlis ini diadakan pada waktu malam. Pelabagai aktiviti2 dijalankan pada malam tersebut antaranya persembahan koir oleh pemenang koir peringkat mara dengan lagu nya "Bumi Bertuah"(search youtube kalau nak dgr lagu ni)...Seterusnya persembahan koir2 mendendangkan beberapa buah lagu dan paling layann bila diorang bawak lagu "Hindustan" haha kiut giler..Dan akhirnya persembahan Nasyid...

Apa yang aku nak komen majlis kali ini lebih teratur dari majlis yang lepas.Makanan pun "Just Nice" dan paling penting sem ni aku dapat anugerah Emas hehe Alhamdulillah.Diharapkan aku akan dapat naik lagi ke Pentas Anugerah ini bagi majlis2 yang akan datang..Mudah Mudahan..Amin

Perjalanan Untuk Tahun 2011 berakhir!






fuhhh!! lega rasanya bila berada di kampung ni, tambah2 sekarang ni plak musim buah, ada jugak sekali sekala tolong mak dan ayah petik rambutan..Suasana di kampung amat berbeza di kediaman sewa aku di kajang sana, sekali lagi aku menarik nafas lega setelah selesai bertarung untuk final exam yg lepas..maklumlah semester ni subjek nye ajak tough di mana aku 'WAJIB" belajar MANAGERIAL AKAUN dan FINANCIAL AKAUN..susah wooo!! takpe usaha itukan tangga kejayaan..

Dahlah taknak membebel lebih2 sb tujuan asal aku update blog ni sb nak gtau aktiviti2 sepanjang tahun..eh! sepanjang semester.*ringkasan saja okay...Semester ni aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti2 kampus.yerlah aku dah tak da kawan2 yg boleh berseronok sgt sekali sekala tak macam sebelum ni jadi nilah masa untuk menonjol.^_^..

Aktiviti2 aku sepanjang semester :

1.Pertandingan Pantun 4 penjuru Peringkat MARA (suku akhir)
2.Pemilihan akhir Boling Peringkat Kolej
3.Final sem projek Keselamatan dan Kesihatan
4.Exco akademik DBS associates
5.Xcident(lol)

haha yang no 5 tu rasanya kalau rajin baru nak citer maklumlah pengalaman pahit...nak kenang balik pun buat serabut otak je..Pertandingan pantun 4 penjuru adalah pertandingan pertama aku dalam arena berpantun ini.sebelum ni hanya mengikut perkembangan pantun dari jauh..ni dia pantun pengenalan aku:

KPM BERANANG PASTIKAN JAYA
MARWAN MUSTAFA HAMBA GERANGAN
DUA PUTERI SEORANG PUTERA
ARENA BERPANTUN KITA JAYAKAN

inilah dia pantun pengenalan untuk aku...untuk 2 pemantun yg lain aku x ingat kata aluan pantun dia haha sorry..semua ni atas bimbingan Encik Norhisyamputra.."terima kasih encik syam"...

Hari keselamatan dan kesihatan kami menjemput pasukan bomba dari seremban untuk demonstrasi bomba, medical chechkup untuk org luar dan paling menarik aku dan beberapa org rakan aku jadi instruktor untuk senamrobik..menjadi jugak senam robik aku bila aku bawakan tarian robot dan ular kekeke....

DBS associates pulak aku dan Anis Syafiqah telah menjayakan program "Tutor Tutee" dimana Tutor yg dipilih dari kalangan pelajar2(akademik melibihi 3.5 yg terpilih) telah mengajar sekelompok pelajar yg bermasalah dalam subjek2 tertentu..Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..cuma kami berdua agak bermasalah dgn proposal..

Lastly pemilihan bowling untuk kolej..kumpulan aku iaitu "Malaikat maut" disertai oleh Syafiq,Ghaffir dan Farid telah mengutip point yg agak tinggi seterusnya berjaya melayakkan kami mendapat tempat kedua...Tahniah diucapkan kepada Farid(baju merah) kerana telah berjaya mewakili kolej.

Ermm apa lagi eik nak citer erk..mesti pembaca2 blog tengah menongkat dagu takpun ternanti2 bila nak habis blog ni hahaha..ok2 salam akhir tahun dan segala kesalahan sepanjang mengenali aku harap dimaafkan...Ahlan wa sahlan

Wednesday, September 14, 2011

14-9-2011 7.19 PM

Kata-Kata Hikmah Dan Penuh Bermakna:-


♥ --> Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu ,maka tersenyumlah sebab orang yang seharusnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu , sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya.<--

SEKIAN

Tuesday, June 28, 2011

Aku Bersyukur Kepada Allah




Alhamdulillah setelah sebulan menanti keputusan untuk semester 3 akhirnya semalam dipaparkan jugak di laman web rasmi. Aku amat berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Memang keputusan yang membanggakan ibu bapa dan adik beradik aku walaupun tidaklah sehebat semester lepas.Sekurang2nya aku dah berusaha sedaya upaya untuk mencapai keputusan yg cemerlang.Cuma diharapkan untuk semester kali ini aku akan berusaha mencapai keputusan yang lebih baik.yang penting final exam nanti kenalah lebih all out.Teringat lak kata2 sir maizul masa awal2 semester lepas apabila dia ckp "kita sebenarnya dah dapat A,cuma kita yang mengubah A tu menjadi B dan seterusnya"...Kepada Kawan2 yang banyak membantu aku dan kepada sesiapa yang terlibat terima kasih banyak2.Tanpa korang aku xkan berdiri seperti mana aku berdiri sekarang.Syukron

Thursday, June 9, 2011

Diari Harian ku -Cuti Semester

Hari ini aku bangun agak lewat dari hari2 yg sebelumnya....bile tengok jam pun dah pukul 11.45Pagi huh..Badan terasa lemah kepala pun masih pening...mungkin menjak2 nie terlalu banyk berfikir atau banyak masalah yg datang...tp apakan daya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian...Kali ini teringin lak nak update diari harian ku semasa cuti semester ni..

6.10A.M-Bangun dan solat Subuh.selalu masa di rumah sewa set jam dan bangun dalam 6.30 tp di kampung ni selalu mak atau ayah yang akan kejutkan...sebelum solat tu minum air suam dan bersembang sekejap dgn mak.lepas solat Tido semula

9.30A.M-Kat cni selalu bangun sekejap menjamah sarapan pagi pastu dengar2 lagu dan kadang2 karaoke sekali dekat ruang tamu sampai penat dan tido balik hehehe.

10.15A.M-Bangun dan kemas tempat tido, minum milo mandi dan baca komik...Melayari laman web dan mengucapkan selamat pagi kepada teman2 Facebook

13.00P.M-Sembang2 dengan mak aku di dapur dan tengok je mak aku masak .Kadang2 kena leter gak sebab aku x pandai memasak hanya pandai kacau di dapur je...teringin nak belajar memasak cuma pintu hati tak terbuka lagi....Tak lama lepas tu Lunch Time!!

14.00P.M-Solat Zohor dan baring2 kejap

15.00P.M-Main Game.selalu Game yg fevret main adalah Dota takpun Game2 dalam aku punya pocket game.Lepas main game, aku melayari internet semula dan berinteraksi bersama kawan2

17.00P.M-Solat Asar dan Minum Petang

17.30P.M-Aktiviti riadah, selalu akan meluangkan masa dengan ayah untuk main ping pong takpun akan joging kat mana2 tempat yang best...Ermm ,tp sejak kekurangan transport ni nak kuar mana2 pun susah

19.40P.M-Solat maghrib dan makan malam

20.10P.M-Time ni adalah Time untuk aku kuar ..kadang2 aku kuar dgn member2 sekolah lama..takpun jumpe member2 kolej ajak lepak sekali kew...kadang2 aku pegi kedai makan minum sorang2 takpun pergi arena square tgok org karaoke

21.00P.M-Tengok Tv bersama mak dan ayah...kadang2 meluangkan masa dengan teman2 facebook dengan berbalas komen...tak kurang jugak ada yang ajak aku main Game..

01.00A.M-Ni waktu fevret untuk aku buat benda2 yang boleh bagi mata aku ngantuk...kadang2 layan youtube dekat internet, kadang2 baca suratkhabar takpun dengar lagu...ambik masa jugak lah nak tido

02.00A.M-Tido time...

Sorry sangat2 tak dapat nak post gambar2...gambar dah ready dlm phone ni tapi x dapat nak blutooth dlm pc ni..yelah pc baru format jd smua dah ilang dan software blutooth pun takde...